PAS Terus Kukuh: Dengan Penubuhan Cawangan Kelima DUN Telemong

152

HULU TERENGGANU – Mesyuarat Penaja Kampung Pasir Simpol dan Chapu dalam DUN Telemong, mengukuhkan lagi kedudukan PAS Kawasan ini.

Penubuhan cawangan kelima itu menandakan pembukaan rasmi, menunjukkan peningkatan terkini kekuatan PAS pada tahun baharu 2025.

Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Hamdi Dato’ Harun berkata, kejayaan ini merupakan satu langkah penting bagi mengukuhkan pengaruh PAS di Hulu Terengganu.

“Cawangan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha kita untuk terus mempertahankan kemenangan di DUN Telemong pada PRU-16 akan datang, dengan izin Allah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas mesyuarat tersebut yang diadakan pada Selasa 28 Januari.

Menurut beliau, sebanyak 31 borang permohonan keahlian PAS telah diterima daripada penduduk setempat.

“Ini mencerminkan sambutan positif masyarakat terhadap perjuangan PAS di kawasan Hulu ini sekaligus melemahkan musuh,

“menzahirkan komitmen PAS untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi dan memperkukuh peranan parti dalam membawa agenda Islam serta pembangunan masyarakat setempat.” jelasnya.

Kata beliau, majlis bermula dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Cawangan Penaja, Mohd Daud bin Salleh, diikuti ucapan daripada Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Telemong, Mohd Safari Abu.

“semoga cawangan baharu ini terus maju dan berkhidmat untuk kepentingan agama, bangsa, dan negara.” tambah Hamdi.