PAS Terengganu Yakin Menang Lebih Daripada PRU14

296

KUALA TERENGGANU – PAS dan Perikatan Nasional (PN) Terengganu yakin memperoleh lebih daripada kerusi yang dimenangi pada PRU14, sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Pengarah 1 Pilihan Raya Negeri, AlGhazali Abu Bakar berkata, berdasarkan keputusan PRU15 parlimen, menunjukkan purata sokongan kepada PAS adalah sebanyak 60 peratus.

“berdasarkan sokongan yang diraih PAS dalam PRU15 peringat parlimen pada 19 November lalu, tidak mustahil PAS akan mendapat 30 kerusi DUN dlm PRN negeri akan datang,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Negeri YB Ariffin Deraman yang berkata, Terengganu dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sama ada pada bulan Mac atau Mei nanti.


Namun begitu, kata Ariffin pada Khamis lalu, tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) belum diputuskan tetapi beberapa perbincangan sudah diadakan.

Sementara itu, PAS dan PN negeri Kedah yakin dapat memperoleh 33 daripada 36 kerusi DUN di di negeri itu,walaupun terdapat kemungkinan pakatan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PN Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau yakin PN akan memenangi majoriti kukuh dalam pilihan raya, yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sekarang sehingga Julai, berdasarkan prestasi cemerlang PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada November.

“PH akan bekerjasama dengan BN seperti yang berlaku di peringkat persekutuan. Perkara yang sama akan berlaku di peringkat negeri.

“Malah sekiranya undi PH digabungkan dengan undi BN, PN akan menang semula.

“Mereka hanya boleh menang tiga kerusi; Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah eksekutif 2024 kepada penjawat awam Kedah di Dewan Seri Mentaloon pada Khamis.

Pada PRU14, PAS menang 22 daripada 32 keruasi di negeri Terengganu manakala 15 daripada 36 kerusi di negeri Kedah.