PAS Terengganu Dapat SU Baharu

1393

KUALA TERENGGANU – Mesyuarat Kali Pertama Sesi 2021 – 2023 Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada hari ini, telah memutuskan pelantikan Setiausaha baharu.

Mantan Ketua Penerangan YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dipilih oleh mesyuarat menggantikan Haji Muhyiddin Abd Rashid yang telah menggalas Amanah tersebut sejak beberapa penggal lalu.

Selain itu, PAS Terengganu juga mendapat Ketua Penerangan baharunya yang diamanahkan kepada ADUN Tepoh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Menurut sumber, mesyuarat tersebut hanya memutuskan senarai kepimpinan bagi Jawatankuasa Harian Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, seperti berikut;

Pesuruhjaya : YB Senator Dato Hj Husain Awang
Timbalan Pesuruhjaya I: YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Timbalan Pesuruhjaya II: YB Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya III: YB Dr. Haji Alias Razak
Ketua Dewan Ulama : Ustaz Haji Ismail Osman
Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Mohd Harun Esa
Ketua Dewan Muslimat : To’ Puan Hajah Zarani Othman
Setiausaha: YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Penolong Setiausaha I: YB Ustaz Haji Muhammad Khalil
Penolong Setiausaha II: YB Haji Hanafiah Mat
Penolong Setiausaha III: YB Ustaz Shaharizukirnan Abd Kadir
Bendahari: YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan: YB Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim
Pengarah Pilihan Raya: YB Ustaz Ariffin Deraman

Kata sumber itu, pelantikan bagi lain-lain jawatan akan diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang dijadualkan berlangsung esok, 30 November.