PAS Terengganu Bantu Rakyat Kedah Ditimpa Musibah

127

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam usaha membantu rakyat negeri Kedah yang Ditimpa musibah banjir.

Ketua Pemudanya Ustaz Mohd Harun Esa berkata, PAS sentiasa membantu mana-mana golongan yang ditimpa kesusahan.

“Alhamdulillah, selesai penyerahan barang-barang keperluan dan sumbangan kepada Negeri Kedah malam tadi. Terimakasih kepada semua pihak dari Terengganu yang penyumbang.

“menyumbang tidak perlu tunggu kita kaya raya. Memberi sekadar yang kita mampu. Mudah mudahan Allah swt terima segala amalan kita semua.

“Hari ini giliran orang dalam kesusahan, kita bantu. Akan datang kita tak tahu. Mudah-mudahan setiap yang memberi dan membantu dimuliakannya disisi Allah,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian mengulas Misi Bantuan Banjir Kedah yang dianjurkan oleh KHIDMAT Malaysia Terengganu, bermula pada Khamis.

Katanya, selain Jabatan Amal Terengganu dan para sukarelawan membantu membersihkan rumah terkesan banjir, Kelab Motosikal Alternatif (ARC) Terengganu turut memberikan khidmat ‘tukar minyak hitam’ dan membasuh motosikal.

“Alhamdulillah pada pagi Jumaat juga Khidmat Malaysia Terengganu melalui team ARC Terengganu dengan kerjasama ARC Kedah buat program tukar minyak hitam pasca banjir di Alor Star.” tambah beliau.