PAS Tawar ‘Malaysia Sejahtera’

342

ALOR SETAR – Melalui tema yang diangkat di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68 menawarkan ‘Malaysia Sejahtera’ agar sampai kepada golongan sasaran pengundi agar yakin membuat keputusan memilih PAS.

Presiden PAS, Tan Sri’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan demontrasi akan memastikan tawaran terbabit akan sampai ke lapangan rakyat.

“Bukannya sekadar bercakap kosong khususnya dengan memastikan mesej sampai kepada pengundi penentu yang masih mencari kebenaran.

“Sehinggakan ada yang hilang keyakinan kepada peranan politik pilihan raya dan kewajipan mengundi, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ‘Ucapan Dasar Presiden’, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-68, di Kompleks PAS, di sini.

Mengulas lanjut katanya, peranan yang besar mendekati golongan sasaran perlu dipertanggungjawabkan kepada semua sayap.

“(Samada) Dewan Ulamak, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) di semua dan semua negeri, kawasan, cawangan, serta semua lajnah dan ahli dimana sahaja mereka berada.

“Seterusnya bergerak melalui gerak kerja penerangan, kebajikan dan kegiatan kemasyarakatan yang berhubung dengan semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Justeru itu katanya, kawasan dan cawangan PAS juga perlu diaktifkan dan ditambah kawasan serta cawangan baharu.

“Bukan sahaja ahli dan penyokong yang menjadi akar umbi kekuatan jemaah dan tentera yang bertugas.

“Kelantan, Terengganu dan Kedah yang telah dikuasai oleh PAS adalah ‘Negeri Pengkalan’ yang wajib dipertahankan dan dilaksanakan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri,” tegasnya lagi.