Oleh ; Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Parti Islam Semalaysia (PAS) menyokong penuh penubuhan Persatuan Kepolisan Komuniti (PKK) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
Setiausaha PAS Kawasan Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, pihaknya akan membuat pertemuan segera dengan pihak Polis Diraja Malaysia Daerah Besut dalam masa yang terdekat.
“Ia mewujudkan kerjasama yang lebih erat antara komuniti dengan pihak PDRM.
“Dapat membincangkan bersama bagi membanteras jenazah khususnya kecurian dan masalah dadah,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan PKK di setiap DUN pada Isnin, 16 September.
Menurutnya, sebelum daripada ini sudah ada pertemuan pihak PDRM dengan komuniti apabila ada kes-kes tertentu sahaja.
“Dengan tertubuhnya PKK, ahli komuniti dapat berbincang dan mengambil langkah bersama-sama.
“Dalam masa terdekat perbincangan akan dibuat bersama Tuan OCPD Daerah Besut bagi dilaksanakan di semua DUN dalam daerah ini,” tambah beliau.