Oleh : DMS
SETIU – PAS Kawasan bersama Jabatan Amal Setiu telah meraikan semua petugas amal termasuk sukarelawan pasukan jet ski dan peluncur yang membantu dalam ‘Ops Ombak’ operasi mencaridan menyelamat, dua orang mangsa lemas di pantai Rhu Sepuloh akhir Disember lalu. di sebuah restoran di Dun Permaisuri.
Pengarah Jabatan Amal Terengganu Sauji Abdul Rashid memuji kecemerlangan Aaml Setiu dan pasukan sukarelawan ketika memberi khidmat dalam tragedi lemas tersebut.


“penghargaan saya juga kepada Amal Setiu kerana berjaya menubuhkan unit-unit di setiap DUN dan begitu menonjol dari gerak kerja di peringkat masing-masing,”kata Sauji ketika berucap pada majlis tersebut yang diadakan di sebuah restoran di Permaisuri, dekat sini.
Lebih dari tiga puluh terdiri orang mereka yang terlibat dalam ops ombak hadir dalam keraian itu dengan disertai oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) Fauzi Abu Samah serta ahli jawatankuasa PAS Kawasan.
Yang DiPertua PAS Setiu Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir berharap, dedikasi dan kecekapan Unit Amal dapat dikekalkan serta dapat bersiap siaga sepanjang masa bagi memberi khidmat kepada masyarakat.


“kita berharap dedikasi dan kesungguhan dapat dkekalkan bahkan dipertingkatkan pada masa hadapan,”ujar Ustaz Shaharizukirnain
Untuk rekod Ops Ombak Jabatan Amal Setiu di bawah pimpinan Fahmi Izzudin telah berjaya menemui dua orang pelajar almarhum adik Mohd Naim Adnan dan Mohd Wafiq Mohd Noor yang lemas di pantai Rhu Sepuloh dalam operasi mencari selama lima hari bermula pada 21 Disember.
Mayat Mohd Naim ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian manakala mayat adik Wafiq hanyut kira-kira 70 kilometer di pantai Kelulut, Marang pada 25 Disember yang lalu






























