PAS Sentiasa Prihatin Dengan Nasib Mu’allaf

135

Dalam Islam, Mu’allaf adalah panggilan untuk individu bukan Islam atau bukan Muslim yang mempunyai harapan untuk memeluk Islam atau warisan Islam yang imannya masih perlu disokong dan diperkuat.

Makna Mu’allaf adalah luas. Konsep Mu’allaf umum, bukan hanya mereka yang baru memeluk Islam, bahkan mereka yang belum memeluk Islam dapat dikategorikan sebagai Mu’allaf jika ia akan didekati oleh hatinya, bahkan orang bukan Islam yang perlu kita dekati dia, untuk memberikan perlindungan kepada umat Islam, dapat dianggap Mu ‘allaf. Dalam surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa mu’allaf adalah antara mereka yang berhak menerima zakat.

PAS Miri dan PAS cawangan Senadin bersama dengan Jabatan Amal Malaysia kawasan Miri telah mengunjungi beberapa keluarga Mu ‘allaf yang kurang bernasib baik dan terjejas oleh banjir di sekitar Kampung Batu Satu, Kampung Muhibbah, Kuala Baram dan Tudan. Banyak keluarga Mu ‘allaf dan penduduk kampung yang terjejas oleh banjir masih memerlukan bantuan untuk memperbaiki rumah mereka yang rosak.

PAS Miri telah menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban keluarga yang dikunjungi. Terdapat juga ibu tunggal, pesakit kurang upaya dan keluarga miskin yang masih memerlukan perhatian.

Sekali lagi, kami mengesa pihak berwajib dan pihak-pihak yang berkaitan untuk segera membantu menyalurkan keperluan asas dan membina saluran peparitan untuk mencegah banjir berulang, terutama di kawasan tanah rendah. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menangani masalah ini dengan segera amatlah dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

PAS is always concerned with the fate of Mu’allaf

In Islam, Mu’allaf is a call for non-Muslim or non-Muslim individuals who have the hope of embracing Islam or Islamic heritage whose faith still needs to be supported and strengthened. The meaning of Mu’allaf is broad. The general concept of Mu’allaf, not only those who have just converted to Islam, even those who have not yet converted to Islam can be categorized as Mu’allaf if it will be approached by his heart, even non-Muslims that we need to approach him, to provide protection to Muslims, can be considered Mu ‘allaf. In surah At-Taubah Verse 60 it is mentioned that mu’allaf are among those who are entitled to receive zakat.

PAS Miri and PAS Senadin branch together with the Malaysian Charity Department of Miri area have visited several Mu ‘allaf families who were less fortunate and affected by the floods around Kampung Batu Satu, Kampung Muhibbah, Kuala Baram, and Tudan. Many Mu ‘allaf families and villagers affected by the floods still need help to repair their damaged houses.

PAS Miri has presented donations to ease the burden of the families visited. There are also single mothers, disabled patients, and poor families who still need attention.

Once again, we urge the authorities and related parties to immediately help channel basic needs and build drainage channels to prevent recurrent floods, especially in low-lying areas. Cooperation with relevant parties to address this issue immediately is greatly appreciated.

Yours faithfully,

Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief