Terengganu, Malaysia

PAS Sedia Pertimbangkan Hasrat DHPP

kam5101(b)-konvensyen-2

Oleh KAM

KUANTAN – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sedia mengkaji hasrat dan cadangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu menukar nama baharu sayap parti itu.

Katanya, PAS Pusat akan membawa cadangan itu untuk dibincangkan sebelum dapat dilaksanakan nanti.

“Kita (PAS) akan bawalah, kita akan bincang. Dewan Himpunan (DHPP) dia bukan penyokong lagi, dia sudah bersama dengan kita (PAS). Kita akan fikir,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS di Dewan Hotel Seri Manja, Kuantan, 21 Jun.

PAS Sedia Pertimbangkan Hasrat DHPPHadir sama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, mantan Naib Presiden PAS, Ir Iskandar Abdul Samad, Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Sebelum itu, Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan menyampaikan hasrat dewan penyokong itu menukarkan nama kepada Dewan Himpunan PAS Pusat.

Ini kerana, katanya DHPP telah lama bersama PAS sejak tahun 2010 sebagai dewan penyokong yang kini perlu diangkat yang lain.

“Saya hendak bagi satu cadangan kepada PAS khususnya, presiden. Sejak tahun 2010 nama dewan kita sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ini tahun 2019, saya minta Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) dapat berbincang dengan Jawatankuasa PAS.

PAS Sedia Pertimbangkan Hasrat DHPP“Kami mahu tukar atau gantikan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS kepada Dewan Himpunan PAS Pusat.

“Ini kerana kami selama ini tetap bersama berjuang dengan PAS dan bukannya hanya penyokong. Jadi saya harap Presiden PAS akan bagi satu pandangan yang baik dalam perkara ini,” ujar beliau dalam ucapannya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat mengadakan konvensyen buat kali keduanya sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 dan kali pertama konvensyen itu pada muktamar tahun lepas di Kuala Terengganu.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan