PAS Sedia Berunding

232

MARANG – PAS sedia berunding sekiranya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu menjadi salah satu komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Musyidul Am PAS, Dato Hashim Jasin berkata PAS bersedia membuka pintu perundingan untuk Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kita ingin mendengar syarat – syarat mereka, mana tahu mereka juga akan menuntut kerusi di negeri-negeri PAS memerintah, contohnya di Terengganu,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Himpunan As-Sabiqun 2.0 di Rusila semalam.

Seramai lebih 1500 orang daripada seluruh negara hadir ke program selama dua hari bermula semalam itu.

Sebelum itu, Pengerusi Sidang AS-Sabiqun PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamed berkata As – Sabiqun ditubuhkan pada 2017.

” As-Sabiqun akan memfokuskan untuk bekerja membantu kemenangan PAS Pilihan Raya Negeri(PRN) di enam Negeri dengan mengekalkan Kelantan, Terengganu dan Kedah dan menambah lagi Negeri untuk diperintah,” katanya.