PAS Sambut Kemenangan Dengan Penuh Kesyukuran

2335

MARANG – PAS menyambut kemenangan pilihan raya kali ke-14 dengan penuh kesyukuran, khusyuk dan tawaduk kepada Allah atas kurniaan kejayaan tersebut.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu Dato’ Ustaz Hussain Awang berkata, kemenangan yang ditunggu-tunggu itu agar tidak dilihat oleh pihak lain, yang mengatakan PAS sombong dan angkuh.

Beliau mennzahirkan kegembiraan atas kemenangan tersebut yang telah disumbangkan oleh calon-calon yang menang dari setiap kawasan parlimen.

“Saya sungguh gembira kerana setiap kawasan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 kali ini memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi bagi setiap kawasan,

“Tidak sebagaimana dulunya Besut kosong …….Setiu kosong tetapi sekarang Besut dan Setiu pun ada kerusi yang kita menangi,

“Dan inilah satu kebanggaan yang kita sama-sama nikmati serta rasai pada malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pengistiharan keputusan pilihan raya PAS negeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila pada Rabu 9 Mei.

Katanya, PAS yakin dengan kemenangan sebanyak 21 kerusi dan kurang satu kerusi lagi kita kan menjadi sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti dua per tiga melayakkan PAS mengubah perlembagaan negeri.

“Kerusi – kerusi yang telah kita yakin menang adalah Kota Putera Besut dengan majority 1455 undi , Jabi Setiu majorit 168, Tepoh 2731, Buluh Gading 4654, Bukit Tunggal 2352, Wakaf Mempelam 7436, Bandar 1201, Ladang 428, Batu Buruk 5179, Alor Limbat 4735, Bukit Payung 4448, Rhu Rendang 6131, Pengkalan Berangan 548, Manir 2746, Kuala Berang 1166, Rantau Abang 4389, Sura 7162, Paka 2151, Kemasik 2164, Chukai 4881, dan Air Putih Kemaman telah memenangi 746,

“Ini bererti bahawa ke empat-empat DUN Marang dan Kuala Terengganu dimenangi oleh PAS,

“Cuma kita sedang menunggu harapan baru iaitu DUN Ajil yang mana keputusan pilihan raya kita kalah dengan majoriti amat nipis dan berusaha untuk mendapatkan perkiraan semula DUN Bukit Besi,” jelas beliau.

Lina calon PAS KT mencipta sejarah ‘menyapu bersih,
parlimen dan semua DUN

Menurutnya lagi, sekiranya DUN ini berjaya bererti PAS akan mendapat majoriti mutlak di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerusi kawasan yang memenangi pilihan raya dan ucapan terima kasih kepada ahli dan petugas parti yang telah pun berusaha dengan sepenuh tenaga,

“ Dan mengorbankan seluruh apa yang ada sehinggalah Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada kita,”tambahnya lagi.

Oleh itu katanya, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah Taala dan menilai usaha kita sendiri dan janganlah melakukan suatu perbuatan diluar batas keimanan dan akhlak Allah SWT.

Turut hadir sama pada majlis pengumuman itu ialah barisan kepemimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Mursyidul Am, Hashim Jasin dan juga ahli Majlis Syura Ulama.