Terengganu, Malaysia

PAS Penyelamat Aqidah Umat Islam

PAS Penyelamat Aqidah Umat Islam

Oleh : Shafira

KUALA TERENGGANU – PAS sebagai sebuah ‘harakah ummah’ mengambil tanggungjawab untuk memastikan aqidah umat Islam selamat daripada semua bentuk anasir yang memesongkannya.

Perwakilan dari Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, Rokiah Ahmad mengusulkan agar Dewan Muslimat PAS Malaysia mendesak Jabatan Perdana Menter, mengambil langkah lebih drastik serta menghalang gejala ‘murtad’.

“Kerajaan sekarang ini perlu memastikan kementerian yang dipertanggungjawabkan agar memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh,

“agar gejala sedemikian tidak mudah tersebar serta merebak dan seterusnya berjaya mempengaruhi orang lain,” hujah beliau ketika mengemukakan usul pada Muktamar Muslimat Ke-58, Jumaat, 15 September

PAS Penyelamat Aqidah Umat IslamSama ada melalui memorandum atau saluran berkaitan, kata beliau, gejala sedemikian mesti dihalang, dari terus menular samada melalui penguatkuasaan terhadap undang-undang yang sedia ada.

Tambah beliau, kerajaan wajar menamatkan pendaftaran Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti memesongkan aqidah umat Islam dengan mengambil tindakan undang-undang dengan lebih tegas.

Namun begitu, perwakilan dari Kuantan, Profesor Wan Maseri Wan Mohd mencadangkan agar PAS menyediakan kertas kerja untuk menyelesaikan masalah isu tersebut dan tidak perlu menggesa kerajaan.

Manakala perwakilan dari Pengkala Chepa, Khairiah Mohamed menyokong usul tersebut agar mendesak kerajaan Malaysia.

PAS Penyelamat Aqidah Umat IslamSementara itu, perwakilan dari Johor, Zuryati Yasin pula bersetuju dengan usul tersebut dan cadangan yang diutarakan oleh kedua-dua perwakilan dari Kuantan dan Johor.

Katanya, ia perlu dilaksanakan seiring dengan melihat penyelesaian jangka masa panjang dalam dalam jangka masa pendek, PAS melakukan gerak kerja yang pantas.

Sehubungan dengan itu, majoriti bersetuju dengan usul ketiga, yang mana Dewan Muslimat PAS Malaysia mengusulkan supaya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dimantapkan melalui beberapa strategi.

Antaranya, menurut usul terbabit, dengan meningkatkan kefahaman ahli-ahli DHPP mengenai Islam dan pendIrian PAS mengenai isu-isu semasa, agar sebarang kekeliruan dapat diminimakan serta meningkatkan ukhuwwah antara DHPP dan ahli PAS.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan