KUALA TERENGGANU – PAS memandang serius isu melibatkan golongan nelayan kerana mereka adalah satu komponen penting dalam masyarakat, khusunya di negeri Terengganu.
Naib Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad hashim berkata, masalah nelayan pukat tunda yang tidak dibenarkan turun menangkap ikan kerana arahan kerajaan persekutuan adalah amat dikesali.
Katanya, sebelum ini sehingga Januari 2018 mereka di beri kebenaran sebaliknya tidak pada musim tengkujuh kali ini.
“Saya (PAS) pandang serius berhubung dengan perkara ini kerana kita tidak berlengah untuk bertindak sebab ia membabitkan kepentingan masyarakat nelayan.
“Diseluruh negeri Terengganu kita daa lebih 10 ribu rang nelayan yang bergabung dalam persatuan di peringkat negeri.
“isu yang dibawa hari ini berkait dengan kebernaran khas pukat tunda musim tengkujuh mestilah dipertimbangkan sewajarnya oleh kerajaan pusat,” tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian pada sidang media khas di Pusat Khidmat Masyarakat di sini pada Selasa, 5 Februari.
Sehubungan itu, beliau menjamin tidak ada gangguan kepada ekosistem laut kerana katanya para nelayan lebih memahami berkenaan perkara tersebut, sekiranya mereka diberi kebenaran.
“Ada yang berkata ia berkait dengan gangguan ekosistem, ada yang kata macam-macam (tentang perkara ini) yang mana semua ini perlu diberi penjelasan kepada kita, sebab nelayan tempatan lebih memhami selok belok berkait dengan ekosistem di sini,
“Mereka sangat yakin tidak ada gangguan yang berkait dengan perkara tersebut,” jelasnya.
Justeru itu, beliau akan menulis surat kepada Menteri berkenaan dan pegawai berkaitan berkait isu terbabit.
“Insya Allah saya dalam proses merangka surat-surat yang berkaitan untuk ditujukan kepada ketua Pengarah Perikanan di Putrajaya dan juga terutama sekali tentulah rakan parlimen saya
“Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato Salahudin Ayob yang saya percaya, insya Allah semoga beliau pun boleh menerima kes ini beri perhatian yang khusus berhuubung dengan perkara ini,” tambah Amzad.



























