BESUT – Walaupun tidak berjaya ‘menawan’ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, namun PAS melengkapi tanggungjawab sebagai pemerintah dan membantu mereka yang memerlukan.
Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, usaha PAS berkhidmat kepada masyarakat berterusan, walaupun pilihan raya umum kali ke-14 telah berlalu.
“Walaupun PAS tidak memegang kepimpinan di DUN ini, kita tetap berusaha sedaya mungkin membantu mereka yang memerlukan,
“serta menjadi penghubung rakyat sebagai melengkapi peranan Kerajaan Negeri Terengganu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menziarahi seorang pesakit yang tidak mampu bergerak, kerana menghidapi masalah paru-paru dan saraf tunjang, pada Isnin 6 Ogos.


Sehubungan itu, beliau merayu sumbang daripada orang ramai yang prihatin, agar dapat membantu Mohd Saddam, bagi menjalani pembedahan melibatkan kos yang agak mahal.
“rawatan pembedahan tidak dapat dijalankan kerana masalah kewangan yang diperlukan sekitar RM10 hingga RM15,000.
“beliau tak dapat buat pembedahan kerana tidak cukup duit. Bantuan JKM dan Perkeso hanya untuk barang keperluan seperti pampers dan ubat-ubatan,” jelas Ustaz Wan.
Tambahnya, Mohd Saddam yang juga tinggal bersama kakaknya, seorang ibu tunggal yang menyara enam orang anak.
Justeru, kata Usraz Wan, sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun BIMB PAS Besut, 13035010003557.




























