Oleh: Muhammad Najib Ismail
HULU TERENGGANU – Sokongan rakyat terhadap Parti Islam SeMalaysia(PAS) di Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Berang semakin kukuh dan padu apabila bertambahnya cawangan baru ditubuhkan.
Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Berang membuat penyerahan sijil perakuan pendaftaran dan penubuhan cawangan baru malam tadi.
Setiausaha PAS MTD Kuala Berang, Razawi Mohammed berkata, sebanyak enam cawangan baru berjaya ditubuhkan iaitu Cawangan Kampung Sungai Petai, Kampung Gaong Pechung, Kampung Lubuk Erong, Pasir Tinggi, Kampung Batu 23 Sungai Bajar dan Kampung Bukit Tok Bat.
” Kuala Berang telah mempunyai sebanyak 22 cawangan PAS yang sedia ada dan ditambah dengan enam cawangan baru menjadikan jumlah keseluruhan adalah 28 cawangan PAS. Dua lagi cawangan PAS baru sedang dalam proses.
Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Pendaftaran dan Penubuhan Cawangan MTD Kuala Berang di
di Pejabat PAS DUN berkenaan di sini pada
12 Februari.
Di majlis yang sama, Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid ketika merasmikan majlis tersebut berkata, “Tugas pejuang Islam (PAS) adalah berusaha menjadikan manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah SWT, tidak menyekutukan Allah dengan apa jua fahaman sekalipun”.
“Gerakan Islam juga berpendapat bahawa individu yang memperjuangkan fahaman selain Islam samada kapitalisme, liberalisme dan lain-lain adalah perbuatan kufur kepada Allah dan Islam”. katanya.
“Oleh kerana itu, kita semua hendaklah istiqomah dalam perjuangan (PAS) walaupun banyak dugaan yang bakal ditempuhi. Dalam masa yang sama kita harus bekerja dengan lebih keras agar dapat bersama-sama membantu dalam kemenangan Islam, ” jelas beliau lagi.