KUALA TERENGGANU – Mantan Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor menegaskan, PAS adalah suatu gerakan massa yang konsisten menentang kezaliman sejam dahulu sehingga kini dalam soal dalaman negara dan antarabangsa.
“Masa Anwar kena zalim, PAS yang bangkit membela, masa Najib kena zalim soal adendum titah Diraja, PAS yang bangkit, kerana Ia soal prinsip,
“Tok Guru Hadi bercakap soal penyatuan Islam penyatuan Sunni dan Syiah untuk menentang kezaliman Zionis Israel, bukan Dua tiga hari ni, tapi dah bertahun-tahun,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Isu Semasa Dan Pasca Sidang DUN di Kota Putera, Besut semalam.


Oleh sebab itu katanya, beliau menyertai harakah Islamiyah PAS dengan cara berbeza kerana PAS bukan bukan hanya sebuah parti politik
“saya masuk PAS berbeza, kalau parti lain mereka hantar borang kepada saya, tapi PAS saya ambil borang sendiri isi sendiri dan hantar sendiri ke pejabat Agung PAS,
“saya dah banyak masuk parti politik, tapi masuk PAS bagi pemahaman saya bukan politik, lebih daripada itu,” jelasnya





























