PAS Komited Perjuangkan Perpaduan

96

MARANG – PAS tidak retorik dan sentiasa komited dalam usaha memperjuangkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sudah sekian lama umat mendambakan kehidupan yang aman makmur.

“PAS merasai hasrat rakyat ini khususnya dari sudut perpaduan ummah.

“usaha ini bukan sahaja melibatkan gabungan komponen parti Melayu malah menjangkau seluruh umat Islam dan masyarakat majmuk,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok berkata demikian selepas Majlis Jalinan Mesra Bersama KRT Kampung Gong Baru, Gong Tok Nasek, pada Khamis 1 April.

Katanya, rakyat di negara ini juga mahukan perubahan dari sudut politik, setelah 22 bulan merasa sengsara ketika PH menerajui negara.

“PH ketika menjadi kerajaan elemen perpaduan tidak berjaya diterapkan sepanjang pemerintahan mereka.

“Sebaliknya menghasilkan gelembung kekosongan, itulah kita ingin isi dan usahakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata beliau, walaupun pada dasarnya PAS bersetuju peranan pengundi muda berumur 18 tahun, namun pelaksanaanya perlu diteliti.

“Tapi kita memahami disana banyak perkara teknikal yang perlu diurus.

“Walaupun matlamat akhir kita bersetuju, namun kita ingin memastikan ia berjalan dengan baik,” ujarnya.