PAS Harap Rakyat Belanja Dengan Berhemah

1070

KUALA NERUS – PAS menyeru kepada seluruh rakyat khususnya di negeri Terengganu supaya berhemah dalam berbelanja bagi menghadapi Hari Raya kerana negara sedang mengalami suatu keadaan kegawatan ekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Haji Alias bin Razak berkata, harga barang keperluan harian kita meningkat sedangkan kita tidak ada penambahan dalam pendapatan isi rumah.

“khususnya kepada golongan yang bekerja sendiri, petani, nelayan, penoreh getah dan sebagainya. Ditambah pula kita dikenakan dengan cukai GST yang dikenakan kepada seluruh rakyat tidak kira kaya atau miskin.

“Satu cukai yang sangat zalim yang kena pada orang miskin, kanak-kanak dan sebagainya. Akibat daripada itulah kita melihat kenaikan barang keperluan harian tahun ini ………..naik begitu tinggi sekali dan membebankan kehidupan rakyat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perutusan sempena Hari Raya Eidul Fitri yang akan disambut oleh umat Islam esok, 6 Julai.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar tarbiah yang dilalui sepanjang Ramadan beroleh takwa kepada Allah, orang-orang Islam sentiasa taat kepada perintah Allah.

“Kalau kita boleh terima perintahnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya tanpa kita boleh bantah kepada Allah kenapa kita tidak boleh menerima ekonomi Islam dan hukum-hukum lain yang termasuk dalam syariat Allah?

“Alhamdulillah………. kita telah capai kemajuan bilamana Dato’ Seri Tuan Guru, presiden kita telah berjaya membawa usul persendirian berkaitan dengan pindaan undang-undang 355 berkaitan dengan menaik taraf mahkamah syariah.

“Semoga dengan usaha kita, menaik taraf mahkamah syariah sehingga beberapa undang-undang jenayah syariah yang telah diwartakan Di negeri Kelantan dan Terengganu dapat dilaksanakan,”kata beliau.

https://youtu.be/3NWl-Nm27OY