PAS Gesa Kerajaan Negeri Kaji Semula Konsep Federalisma

847


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata selepas 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, konsep tersebut perlu dikaji semula.

“Saya ingin cadangkan selepas 53 tahun kita merdeka dan mungkin barang kali kerajaan Terengganu boleh bertindak untuk kaji balik konsep federalisma ini.


“Pencabulan prinsip demokrasi dan konsep federalisme itu sendiri dan kaji balik semua perjanjian-perjanjian dan persefahaman-persefahaman antara negeri dengan pusat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kerana katanya, telah masuk tahun ke sepuluh kerajaan Terengganu dinafikakan hak untuk menerima pembayaran tunai royalti dari Petronas kerana dihalang oleh kerajaan pusat.

Katanya, negeri Terengganu mulai mendapat hasil (royalti) Petroleum pada tahun 1978 dan sehinggalah pada bulan Mac tahun 2000.

“Dari bulan Mac 1975 hingga Mac 2000 selama 22 tahun setengah jumlah bayaran royalti kepada Terengganu sebanyak RM7.2 bilion.

“Tetapi sejak Mac 2000 hingga Mac 2009, Petronas telah pun bayar royalti dalam bentuk dana khas kepada Kerajaan Persekutuan dan tidak kepada kerajaan Terengganu berjumlah RM16.576 bilion,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendedahkan jawapan rasmi di Parlimen bermula Mac 2000 hingga Mac 2010 jumlah royalti atau dana khas yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan pusat berjumlah RM17.706 bilion.

Maknanya, kata Abdul Wahid dalam masa setahun Terengganu sepatutnya mendapat bayaran royalti atau dana khas lebih dari RM1 bilion.

“Jumlah royalti ini dari Mac 2009 hingga Mac 2010, kita (Terengganu) sepatutnya dapat RM1.130 bilion dalam bentuk royalti atau dana khas,” ujarnya.

Menurutnya, sejak Akta Kemajuan Petroleum 1974 diperkenalkan Petronas telah membayar royalti kepada Sabah sebanyak RM5.97 bilion, Sarawak (RM17.40 bilion) dan Terengganu (RM24.8 bilion).

Katanya, negeri Terengganu menandatangani perjanjian tersebut pada 22 Mac 1975, Sabah 14 Jun 1976, Sarawak 27 Mac 1975, Kelantan 9 Mei 1975 dan Kerajaan Persekutuan 26 Mac 1975.

“Kata (slogan) ‘OneMalaysia’ tetapi Sabah dan Sarawak dapat royalti, Terengganu dapat dana khas dan Kelantan dapat wang ehsan sahaja.

“Mungkin kerana dapat nasihat APCO dari Yahudi dan sifat orang Yahudi, rampas hak orang, langgar perjanjian dan bangsa yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah SWT. Kita (Malaysia) ambil jadi penasihat,” ujarnya dengan nada sinis.

Beliau yang berucap membahaskan titah perasmian dalam Sidang Dewan Undangan Negeri minggu lalu, turut mengulangi seruan Pengerusi Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja agar kerajaan negeri mengelakkan pembaziran, penyelewengan dan salah urus hendaklah dihapuskan daripada pengurusan awam.

http://www.youtube.com/watch?v=vQb41V4lwTw