PAS Dungun Junjung Titah Perintah Tuanku

122

Oleh : Afiq Fahmi

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Dungun menjunjung titah perintah tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin supaya isu-isu keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan perpaduan rakyat serta pematuhan terhadap undang-undang menjadi fokus utama.

Yang Dipertuanya, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, ia perlu dijadikan dasar utama oleh seluruh kepimpimpinan PAS disemua peringkat.

“Juga memerlukan kepada kerjasama padu daripada jentera pentadbiran awam kerana ia akan dapat menyempurnakan tanggungjawab dan amanah,

“bagi mencapai cita-cita dan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu,” ujarnya.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata ketika dihubungi, mengulas mengenai titah Tuanku Sultan Terengganu pada Mesyuara Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14, hari ini.

Menurut beliau, PAS memang bersedia dan telah menunaikan hasrat baginda yang turut menyentuh tentang isu-isu kebajikan rakyat.

“Di kala negara sedang berusaha untuk keluar dari pandemik Covid-19 kepada endemik.

” Dimana telah ditegaskan agar semua anggota PAS khususnya di kawasan ini bekerja keras bagi memastikan segala inisiatif perlu ditingkatkan untuk membantu rakyat jelata dalam menghadapi kesusahan ketika waktu ini dan akan datang,” tegasnya.