Terengganu, Malaysia

PAS Bersyukur, Turunkan Majoriti PH Di Seri Setia

Halimah Kempen

KUALA TERENGGANU – PAS bersyukur kerana telah berjaya menurunkan majoriti kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali menyifatkan kejayaan itu sebagai amaran kepada PH agar lebih berhati menangani isu berkait agama Islam.

“Alhamdulillah PAS berjaya di Seri Setia dalam misi menurunkan majoriti PH. PAS juga berjaya menggembeleng sebahagian besar undi Melayu menerusi kerjasama strategik PAS dan UMNO.

“Ia satu amaran untuk PH agar lebih berhati-hati dengan polisi-polisi tidak mesra Islam yang mereka lakukan,” ujarnya.

PAS Bersyukur, Turunkan Majoriti PH Di Seri SetiaBeliau berkata demikian semalam, dalam satu kenyataannya selepas PH disytihar menang dengan majoriti sebanyak 4, 027 undi.

Peratusan keluar mengundi yang rendah juga satu isyrat bahawa rakyat yang mengundi PH pada PRU ke 14 tidak berpuashati dengan segala janji PRU yang dimungkiri

Pegawai pemilihan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, ketika mengumumkan keputusan itu berkata, calon PAS Dr. Halimah Ali mendapat 9,698 undi.

Manakala calon PH, Halimey Abu Bakar mendapat hanya 13,725 berbanding 29,250 yang diraih oleh Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu.

PAS Bersyukur, Turunkan Majoriti PH Di Seri SetiaKerusi DUN Seri Setia mempunyai 53,492 pengundi berdaftar, telah disytihar kosong berikutan kematian wakil rakyatnya pada 2 Ogos.

Oleh itu Dr. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berharap agar PH yang menerajui kerajaan persekutuan, melaksanakan janji-janji manifesto mereka.

“Peratusan keluar mengundi yang rendah juga satu isyrat bahawa rakyat yang mengundi PH pada PRU ke 14 tidak berpuashati dengan segala janji PRU yang dimungkiri,” tembah beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan