Terengganu, Malaysia

PAS Berjaya Tingkatkan Imej Melalui Negeri Diperintah

PAS Mempertahankan Masyarakat Majmuk

Oleh: Adli Mohamad

KUANTAN-PAS sebagai sebuah parti politik gerakan Islam di Malaysia berjaya meningkatkan imej melalui negeri yang diperintah.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata ianya dapat dilihat melalui Negeri Kelantan, Terengganu dan juga melalui pemerintahan di Kedah sehingga memyebabkan mereka yang bukan Islam mendekati PAS.

“Hasilnya apabila di peringkat awal media-media dari kalangan yang bukan Islam (dengan) bahasa cina dan tamil membuat laporan yang betul pada masa itu.

“(Sehingga) kita masih ingat lagi memyebabkan ada sambutan (daripada) kalangan bukan Islam yang bersedia untuk jadi ahli PAS,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika sidang media, di Muktamar Tahunan PAS kali ke-65, di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota, pada Jumaat 21 Jun.

Dengan sambutan kalangan bukan Islam, menurut Tuan Guru Abdul Hadi, telah memaksa PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Menunjukkan ada perubahan yang sangat positif di kalangan bukan Islam, dirasakan oleh kalangan mereka yang pernah merasakan hidup di bawah pemerintahan PAS,” jelasnya.

Tambahnya, apa yang malang selepas PAS dilihat begitu diminati dan berlakunya perubahan yang positif media mula dikawal dan mula disekat segala maklumat dan perkembangan mengenai PAS.

Jelas Abdul Hadi, PAS amat menerima baik kalangan bukan Islam untuk bersama PAS kerana telah dianggap sebahagian yang tidak boleh berpisah daripada masyarakat majmuk di Malaysia.

Jelasnya lagi, itu membuktikan tentang konsep yang diperjuangkan oleh PAS iaitu ‘Islam Memimpin’ tema yang diangkat sebelum ini.

“Islam memimpin bukan hanya untuk diterima oleh orang Islam tetapi juga untuk orang bukan Islam,” ucap beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan