PAS Berintegriti Berbanding Umno, Utamakan Peribadi

796

Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – PAS parti yang mantap, mampu mentadbir negara kerana berintegriti dan lebih mementingkan keberkatan di dalam kerja, berbanding Umno yang mengutamakan peribadi sehingga melibatkan rasuah.

Ketua Muslimat Hulu Terengganu, Ustazah Noorzila Mohamed berkata, kemampuan yang ada pada para pemimpin mempunyai organisasi mantap menjadi jentera penggerak sesebuah kerajaan.

“Alhamdulillah, saya berkeyakinan penuh PAS mampu memimpin negara berdasarkan kepakaran pelbagai yang ada di dalam jemaah PAS dan pengalaman PAS Selama 60 tahun dalam arena politik tanah air.

“Kepimpinan yang meletakkan keutamaan berdasarkan keadilan ,ketakwaan, keimanan dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dan menjauhi kerosakkan serta perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS negeri Terengganu (DMPNT) berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, PAS Terengganu mampu menyelesai hutang negeri yang ditinggalkan kerajaan Umno dan membuka sekolah rendah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) serta Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI).

Justeru itu, beliau berharap PAS kekal memerintah negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan sama-sama beri kepercayaan kepada pimpinan di atas kelayakan serta sama-sama bekerja kuat mengekalkan kemenangan di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.

“Sama-sama kita turun padang untuk beri kesedaran khususnya kepada anak muda yang umur 18 tahun pertama kali yang memilih pemimpin.

“dan kita sama-sama menyebar luaskan pentingnya bagi kita khususnya negeri Terengganu memilih kepimpinan yang dterajui pimpinan PAS berdasarkan kepribadian yang selayaknya mereka diangkat dan dipilih sebagai pemimpin.

“Kita harus menyedarkan kepada anak-anak muda dan orang yang menyokong PAS dan insya Allah kita kuatkan usaha serta kuatkan kerja kita, kuatkan sebaran maklumat biar di page masing-masing biar ada kempen memilih pimpinan di kalangan PAS sendiri,” tegas beliau.