Oleh : Sazali Mohd Noor
Kira-kira 27 tahun lalu, pada tahun 1990, Harimau Tamil Eelam (LTTE – Liberation Tigers Of Tamil-Eelam) memulakan pembersihan etnik terhadap semua umat Islam yang tinggal di utara Sri Lanka.
Pada bulan oktober etnik rasis beragama Hindu yang berjuang menuntut tanah air sendiri mengarahkan 100,000 orang Islam keluat daripada semenanjung Jaffna.
Umat Islam dipaksa mengosongkan rumah nenek moyang dan tanah mereka serta melarikan diri ke selatan ke tanah besar Sri Lanka.
Mereka diberi masa kurang daripada notis 48 jam, yang dikeluarkan oleh pengganas ‘Tigers’
Sebelumnya, pada awal tahun itu, pengganas yang sama telah membunuh lebih 100 orang lelaki dalam serangan serentak di dua buah masjid di timur Sri Lanka.
Kejadian demi kejadian telah memandu perselisihan dan permusuhan antara penduduk Tamil beragama Hindu dan Tamil Islam.
Tamil Eelam telah menyerang umat Islam di timur Sri Lanka, mengganggu petani, nelayan dan pedagang dari masyarakat, memeras wang dari mereka, menduduki tanah mereka dan menculik individu untuk wang tebusan.


Malah sebelum gencatan senjata berlaku, umat Islam manjadi pengganas itu.
Bercakap tentang kenagan pahit itu, umat Islam Sri Lanka boleh melupakan sejarah hitan tersebut, namu nereka tidak memaafkan perbuatan Harimau Tamil Eelam.
Nisam Kariappar, seorang pemimpin kanan Kongres Muslim Sri Lanka berkata, pembunuhan tersebut menghantar mesej yang sangat jelas dari Harimau Tamil yang masih wujud hingga ke hari ini.
“Apa yang mereka katakan ialah walaupun kita bercakap bahasa yang sama, (tapi) masyarakat Islam orang dianggap asing di kawasan ini,” katanya.
Menyifatkan ia satu tindakan ‘pembersihan etnik’ yang hampir dilupakan, namun ‘parut’ dari kejadian masih membekas dalam jiwa.
Katanya, orang Islam yang menanggung derita, mereka terus berhati-hati, untuk membincangkan isu ‘Tamil Eelam’ hari ini.
Kariappar berkata, pemberontak ‘Tamil Tiger’ ketika itu bertekad, untuk menubuhkan tanah air yang berasingan di utara dan timur Sri Lanka, walaupun pada hakikatnya bahawa umat Islam adalah masyarakat tunggal terbesar di kawasan terbabit.


Seorang pensyarah Universiti Peradanya V Ameerdeen yang membuat kajian pasca konflik tersebut masih sedih kerana beliau telah kehilangan 13 anggota keluarga, termasuk ibu bapanya, dalam serangan itu.
Beliau menegaskan, umat Islam di timur, kawasan yang berlaku konflik tersebut mahu melupai “tetapi masih tidak memaafkannya”.
Pekan nelayan kecil di Trincomalee di timur Sri Lanka memberi gambaran tepat pasca pertelingkahan antara ‘Harimau’ dan umat Islam.
Daerah Trincomalee mempunyai penduduk campuran 22,000 orang Tamil, 33,000 orang Islam da dan seribu orang Sinhala.
Sebahagian penduduk Islam menetap di bandar utama manakala majoriti orang Tamil tinggal di kawasan di sekitarnya.
Walaupun selepas gencatan senjata, telah berlaku pertempuran di pekan Mutur di Trincomalee yang menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.
Rumah dan masjid dirosakkaan dengan orang Tamil yang lengkap bersenjata memerangi kaum Muslimin, menyebabkan kematian dan kecederaan kepada orang ramai.
*** Sazali Mohd Noor ialah jurnalis Kumpulan Aktivis Media Independan (KAMI) Terengganu yang akan melakukan perjalanan ke Sri Lanka, bersama Yayasan Amirul Ummah, AFMY dan IMBNet, bagi melaksanakan ibadah korban 1438H





























