Pangsapuri Ladang Gemilang Hanya Untuk Di Sewa Sahaja

6824


http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/pangsapuriladanga.jpg

Mereka akan menghadapi kesukaran kerana kehilangan tempat tinggal apabila rumah yang mereka sewa, terlibat dalam pengambilan semula tanah dikawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar berkata, beliau akan mengusahakan supaya golongan tersebut diberi potongan harga sewa Pangsapuri Ladang Gemilang serta terus mendapat bantuan wang bagi membayar sewa tersebut.


”Orang-orang yang miskin, maksudnya orang yang menyewa rumah, bukan miskin duduk dirumah sendiri, dan dia (mereka) telah mendapat bantuan sewa daripada kerajaan persekutuan sekarang,

”orang-orang ini sahaja yang akan diberi sewa rumah baru (pangsapuri Ladang Gemilang) yang sepatutnya (berharga) RM300 dengan harga RM126 sahaja,”katanya dalam majlis taklimat yang diadakan di Ladang Tok pelam baru-baru ini.

Menurutnya, beliau mengetahui, terdapat ramai golongan berkenaan kerana mereka sering datang meminta bantuan dari pihaknya untuk menjelaskan pembayaran sewa rumah.

”Ramai yang menyewa rumah sebenarnya, ada RM40, ada RM100, RM200 sebulan,  merata ada dan saya kenal sesetengah itu kerana datang kerumah saya minta bantuan sewa rumah,

”Orang-orang ini, saya minta En Ibrahim dan Jawatankuasa (Bertindak), tolong ambil nama-nama orang-orang begini, yang betul-betul menyewa rumah orang dan dhaif,

“Saya nak nama ni, saya nak pergi jumpa Menteri Besar, saya nak minta supaya orang ini juga diberi bantuan,”jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pangsapuri Gemilang yang dibina atas tanah Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) terletak dibelakang sekolah Ladang adalah hanya untuk disewa sahaja dan bukan untuk dijual.

Oleh itu, katanya, beliau telah mendesak supaya kerajaan menjadikan ia sebagai satu skim sewa beli bagi memudahkan rakyat memiliki rumah tersebut.

”Saya tanya Menteri Besar dalam Sidang DUN baru-baru ini, setakat ini, MB menjawab rumah yang telah siap dibina di Ladang Gemilang, adalah untuk sewa sahaja,

”saya memang desak dalam Dewan supaya ia diberi ‘sewa beli’, tapi dia (MB) tak buat keputusan lagi, kerajaan tak buat keputusan lagi,”katanya

Menurutnya lagi, terdapat dua jenis rumah di Pangsapuri tersebut kos sederhana rendah yang agak besar, berkeluasan lebih kurang 1800 kaki persegi dan kos rendah yang lebih kecil, lebih kurang 700 kaki persegi.

”Yang besar diberikan sewa RM800 sebulan, manakala yang kecil RM300 sebulan,”tambahnya

http://www.youtube.com/watch?v=mbBC9hSxUP4