P.033 Besut: Kerusi Keramat BN Dirampas PAS

72

BESUT, 19 November – Satu catatan sejarah dilakar apabila kerusi parlimen Besut milik Barisan Nasional (BN) dimenangi calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti sebanyak 18,666 undi.

Calon PAS Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh mendahului undian sebanyak 49,569 undi , manakala calon BN yang diwakili Datuk Nawi Mohamad sebanyak 30,903 undi.


Turut bersaing di parlimen itu, Abdul [email protected] Aziz Abbas mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan jumlah undi 4,339 undi serta Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dengan jumlah 553 undi.

Pengumuman rasmi dilakukan oleh Pegawai Pengurus Azran Amin Mazlan di Dewan Gong Kemutong, Besut tadi.

Kemenangan tersebut melibatkan 85,364 pemilih berdaftar dengan peratus pengundian sebanyak 77.46 peratus.