‘Order Dunia Islam’ Buat Muslimat PAS Terengganu

1382

Oleh : Nooreni Abu Bakar

Muslimat mesti berperanan di tengah-tengah masyarakat untuk memberi kesedaran dan menarik lebih ramai mendokong atau sekurang-kurangnya menyokong perjuangan PAS dan seterusnya memberi undi kepada PAS di dalam PRU 14.

Itulah penegasan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ‘taujihat’ kepada para peserta muslimat di Majlis Liqa’ Muslimat Marang Bersama Presiden PAS, disini selasa lalu.

liqa muslimat marang2Dengan mengakui peranan muslimat amat penting, memandangkan pengundi wanita hampir sama banyak dengan pengundi lelaki malahan di sesetengah tempat pengundi wanita lebih ramai daripada lelaki, amant Presiden itu adalah amat penting.

Bukan sahaja kepada Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang, bahkan ia adalah pengarahan kepada semua Dewan-dewan Muslimat seluruh negeri Terengganu bagi menggerakkan seluruh jenteranya, memandangkan penggal ke-13 parlimen sudah memasuki ‘separuh masa kedua’.

Dengan berlalunya dua tahun dari PRU-13, bermakna masa semakin ‘menyempit’ bagi Muslimat, sekiranya masih ‘terkial-kial’ mecari titik mula, sedangkan titik terakhir iaitu PRU-14 akan muncul pada bila-bila masa.

Lebih-lebih lagi didalam proses demokrasi yang ada di Malaysia dimana tidak membezakan undi lelaki dan wanita, bahkan di dunia Timur dan Barat, kuasa politik Muslimat semakin menyerlah dan ketara.

IMG_20150925_172218Arahan Presiden pada program yang diadakan di Dewan Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Kedai Buluh itu juga merupakan ‘order dunia’ berdasarkan Tuan Guru juga adalah Naib Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia.

Justeru Muslimat PAS negeri Terengganu haruslah meningkatkan persediaan, membuat lompatan yang lebih jauh bagi mendepani isu-isu wanita di negeri ini khususnya dan di peringkat nasional amnya.

Beliau turut mengingatkan, Allah tidak membiarkan perjuangan ini ‘berjalan’ begitu saja tetapi Allah akan menyingkirkan mereka yang tidak ikhlas dari Jamaah lslam.

Sekiranya seseorang ketua meletak jawatan akan ramai yang datang mahu membantu, mencantas dahan dan cuba mematahkan ranting, tetapi pokok tidak mati, bahkan akan tumbuh tunas-tunas yang banyak.

liqa muslimat marang1Tuan Guru berpesan lagi, ramai daripada kita yang tidak sabar-sabar untuk menuju ke Puterajaya, sedangkan Ahli Parlimen lslam jauh lebih sedikit daripada Ahli Parlimen bukan lslam.

Oleh sebab itu, sesuatu pakatan sekiranya merugikan lslam, kata beliau, adalah haram PAS bersama mereka, kata Ahli Parlimen Marang itu dihadapan 300 peserta yang terdiri daripada para aktivis muslimat, guru-guru DAR, guru- guru PASTI dan GEN3.

Kehadiran pelbagai lapisan aktivsme Muslimat itu memperlihatkan infrastruktur Muslimat sudah lebih dari cukup untuk berdepan dengan wanita Umno, hanya menunggu arahan yang lengkap dari pimpinan peringkat negeri bagi menggalas tanggungjawab memenangkan PAS.