Orang Muda Mesti Cakna Politik

339

KUALA NERUS – Orang Muda perlu cakna politik untuk menentukan masa depan negara.

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan PAS sejak sekian lama di seluruh negara adalah berikutan kesedaran politik anak muda.

Katanya, selepas 40 tahun PAS ditubuhkan parti itu berupaya memerintah Terengganu dan Kelantan hasil kesedaran berpolitik anak muda.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Teguh Bertahan di Perkarangan Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.

seeSementara itu Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus di majlis yang sama berkata cakna politik di kalangan anak muda bergantung sejauh mana politik membolehkan pelaksanaan Islam.

“Bergantung kepada keadaan, kalau parti mana naik, dia laksanakan Islam tidak jadi masalah (orang muda tidak cakna politik).

“Jika sebaliknya, orang muda mesti cakna politik untuk pastikan Islam mentadbir dan memgengkang parti bukan Islam dari memang pilihan raya sebagaimana berlaku dalam negara Malaysia hari ini, ” jelasnya.

Katanya, orang muda perlu melibatkan diri dalam pilihan raya dengan memberi undi kepada parti yang mahu melaksanakan Islam.

Ini kerana katanya terdapat berbagai parti dalam negara Malaysia termasuk parti yang menentang pelaksanaan Islam.

“Beri undi kepada parti yang mahu melaksanakan Islam kerana dalam negara kita (Malaysia) ada pelbagai parti.

“Jadi berdosa (haram) tidak mengundi dalam pilihan raya sekaligus haram juga tidak megundi parti yang mahu menegakkan islam,” katanya