Dalam ucapannya, Azman yakin dengan sokongan yang ditunjukkan Pemuda Pas dari dua Parlimen itu, Pemuda Pas Terengganu dapat mengharungi cabaran terutama dalam menghadapi pilihan raya akan datang sekali gus mampu meraih kemenangan.
Hadir sama, Ketua Pemuda Pas Kawasan Setiu, Mohd Nazari Alias.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kawasan Setiu, Mohd Nazari Alias, 40, berkata, pelbagai acara diadakan termasuk sesi pendaftaran ahli baru ARC, dibuka kepada Pemuda Pas Parlimen Besut dan Setiu.
Menurutnya, tujuan utama pendaftaran kelab itu dibuka adalah untuk menyediakan ruang buat mereka yang berminat dengan sukan pemotoran khususnya golongan muda dan belia.
“Melalui ARC, ia dapat menyediakan ruang khusus kepada mereka yang berminat dalam aktiviti permotoran termasuk ‘mat rempit’ agar dapat melakukan aktiviti dan menyalurkan bakat mereka melalui saluran yang betul dan tidak berlumba haram.
“Aktiviti ini juga sebagai usaha mencari mekanisme untuk bersama kelompok orang muda tanpa mengira latar belakang dan menguatkan barisan Pemuda Pas bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.




























