SETIU – Rakyat jangan mudah terpedaya dengan ‘omong-omong’ yang menakutkan daripada pihak musuh sekiranya berlaku perubahan dari segi parti yang memerintah kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Azman Ibrahim berkata, ianya adalah satu ‘dakyah’ yang tidak berpijak pada alam nyata.
“Pekerja tak akan terjejas dengan pekerjaannya sekiranya berlakunya perubahan parti dan mereka akan kekal pada posisi masing-masing walaupun dalam parti pemerintahan yang baru,
“Dan Insya Allah PAS akan melaksanakan satu polisi yang baik untuk semua masyarakat,” katanya

Beliau yang juga merupakan calon PAS N05 DUN Jabi yang ditemui pihak media ketika mengucapkan Selamat Hari Pekerja pada Selasa, 1 Mei.
Katanya, PAS menawarkan satu manifesto yang menjanjikan sumber kekayaan negara di berikan kepda semua peringkat golongan yang berhak dalam PRU ke 14 nanti bukan berlegar dalam kalangan tertentu sahaja.
“Walau siapa pun mereka… di mana bidang mereka….. dan kelompok mana mereka berada serta di peringkat mana taraf hidup mereka,
“kerana rakyat semuanya adalah penting dan tiada istilah mereka yang tidak penting dalam sebuah negara walau sekecil mana sekalipun peranan mereka,
“Dan semua mendapat perhatian yang sungguh-sungguh daripada Parti Islam Semalaysia (PAS),” ujarnya.
Beliau menyeru kepada semua golongan pekerja supaya membuat satu penilaian dan pertimbangan yang bijak pada 9 Mei untuk kita memilih satu parti yang mementingkan semua pihak.
“Satu pinggan nasi yang kita makan berlaukkan ikan goring dengan sedikit sayur dan Ikan kita dapat makan hasil daripada keberanian nelayan menyambut nyawa ditengah lautan,
“Sayur kita dapat makan kerana seorang petani yang berpanas di bawah terik cahaya matahari dan nasi kita dapat makan kerana seorang pesawah yang membanting tulang di tengah-tengah sawah,” jelas beliau.
Tambah Dr Azman lagi, kita hidup ini dalam keadaan saling bergantung diantara satu sama lain dalam struktur masyarakat.










