Olimpik Dalam Darurat?

103

Gambar: Suasana darurat COVID-19 di Tokyo

Temasya Olimpik 2020 yang dibuka sekitar dua minggu lagi dijangka berlangsung dalam darurat apabila pemerintah Jepun dijadual mengisytiharkan perintah berkurung di Tokyo kerana penularan COVID-19.

Pihak berkuasa ibu negara matahari terbit itu melaporkan 920 kes baru pada hari Rabu, jumlah tertinggi sejak pertengahan Mei, di puncak gelombang jangkitan keempat Jepun.
Kota metropolitan Jepun itu, melaporkan 1,010 kes COVID-19 baru pada 13 Mei lalu.

Perdana Menteri Yoshihide berkata, beliau akan membuat keputusan akhir pada hari ini, Khamis, mengenai 10 wilayah termasuk Tokyo dan Osaka.

“Jangkitan di Tokyo meningkat, dan kami akan mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk mengekang penyebaran coronavirus,” katanya setelah bertemu dengan anggota Kabinetnya.