Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN- Para nelayan hari ini terpaksa berhadapan dengan lingkaran isu-isu lapuk yang menjadi masalah kepada mereka sejak puluhan tahun yang lalu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat YB Dr. Azman Ibrahim berkata, ianya berlarutan puluhan tahun yang tidak mudah untuk diselesaikan dalam satu tempoh masa yang singkat.
“Tambah-tambah lagi isu yang melibatkan perundangan dan penguatkuasaan yang berada di dalam bidang kerajaan pusat dan bukan berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri,” ujar beliau.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santai Bersama Exco di Dewan Sivik Seberang Pintasan, di sini Ahad, 26 Ogos.
Oleh itu, beliau selaku orang yang diamanahkan memikul tugas, cuba membentuk gabung jalin pelbagai agensi dibawah Jawatankuasanya.
“Iaitu kita yang berada di peringkat kerajaan negeri dengan agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan pusat untuk kita mencuba seberapa optimum,
“Dalam rangka untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat tetapi kita tidak nafikan di sana-sini ada kelompangan dan kekurangan,” tegas beliau.
Menurut Dr. Azman, walaupun laut yang dikawal oleh ‘multi agencies’, diantaraya Jabatan Perikanan, Jabatan Laut dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, yang mempunyai peranan dan skop-skop kerja masing-masing.
Majlis dua hala itu dengan pelbagai isu dibangkitkan oleh para nelayan berhubung dengan mata pencarian mereka.











