Nak Ajak PAS Bersukan Sama Konon……. Nak Guna Gelanggang Futsal Pun ‘Demo’ Report Polis!

1200
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/Guane%20Gamok.jpg

Sebelum ini, dalam pelbagai program, bukan rahsia lagi, bagaimana sukarnya PAS ingin mendapatkan kemudahan-kemudahan sukan yang ada terutamanya gelanggang walaupun bukan dengan percuma tapi mahu menyewanya. Kemudahan sukan kerajaan yang dibina dengan wang rakyat seolah-olah menjadi ‘harta emak bapak Umno’.

Pengalaman DUN Jabi ketika menjadi tuan rumah bagi program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat PGU5.0 pada awal Oktober baru-baru ini adalah iktibar terbaru kebenaran dakwaan diatas.

Kebenaran menyewa Gelanggang Futsal Felda Selasih yang telah diberikan untuk acara Futsal Pemuda dibatalkan pada saat-saat akhir dengan arahan Pengurus Felda yang begitu ta’asub untuk membuktikan bahawa dia adalah ‘pencacai Umno sejati’.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/lokasi%20pertandingan%20Futsal%20yang%20terpaksa%20berpindah%20jauh.jpgKata-katanya cukup jelas tanpa malu tanpa berselindung……..dengan angkuh beeliau berkata,”Sebarang aktiviti parti pembangkang tak dibenarkan di dalam kawasan Felda!” “Encik… Gelanggang ni kami nak sewa, kalau Encik tak benarkan dinaikkan bendera PAS pun tak apa… Sekadar budak-budak nak main bola saja…,” ujar kita yang masih berlembut.

“Saya tak benarkan! Dewan akan dikunci!” Lebih bodoh lagi, Pengurus Felda membuat laporan polis di Balai Polis Jerteh yang sebenarnya menjadi bahan ketawa dan ‘lelucon’ oleh pihak berwajib itu.

Macam ni punya kes pun sampai buat laporan polis???! Bukannya kita buat serbuan, kita tidakpecahkan pintu dewan, atau ramai-ramai buat demonstrasi, buat kecoh dalam Felda…….. Sekadar cuba berhujah untuk menyatakan keadaan sebenar.
Kesudahannya kalau kamu tetap tak benarkan, kami cari alternatif tempat lain. Itu saja!!!!

[Gambar kiri 2 – Pertandingan Futsal terpaksa di alihkan lokasinya ke tempat yang lebih jauh akibat sikap ta’asub Pengurus Felda]

Pemimpin Umno tak usahlah merapu bercakap tak tentu hala tuju, sekadar cuba-cuba untuk menonjol-bonjolkan diri bahawa mereka adalah kononnya ‘sang juara perpaduan’!.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita5/khianat.jpgBelum lagi kita bangkitkan soal bendera PAS yg dipatahkan dan dibakar [Gambar kanan 2] ketika Himpunan PGU5.0 baru-baru ni, sedangkan kita boleh bertolak ansur untuk menyimpan seketika ‘panji-panji PAS’ yang dipasang dimerata tempat ketika kedatangan PM Najib ke Jabi.

Bukan niat utk meraikan prgm PM, tapi atas dasar tolak ansur dan simpati dengan petugas-petugas Umno yang datang melutut seolah-olah menyembah belas ehsan kepada kita, memohon agar dibuang seketika bendera-bendera itu.

Saya menyeru supaya pemimpin Umno berpolitik lah pada tempatnya dan jangan semua perkara nak dipolitikkan. Pemimpin Umno perlu sedar dan insaf, kemudahan sukan dan rekreasi yang dibangunkan dengan peruntukan ratusan ribu malahan jutaan ringgit wang rakyat adalah hak untuk semua, hak untuk anak-anak muda yang perlu dimanfaatkan secara bersama.

Hakikatnya dalam tinjauan dan penyertaan saya sendiri ketika turun ke padang-padang bola di segenap kampung dalam DUN Jabi cukup harmoni. Anak-anak muda beriadhah dan menikmati hidup ceria bersama-sama, ada anak orang PAS dan ada juga anak orang Umno, walaupun majoritinya adalah PAS. Maknanya mereka berfikiran terbuka. Jangan pula pemimpin-pemimpin umno dengan sikap ta’asub dan ketinggalan zaman, menyempitkan ruang perpaduan ‘orang muda’ yang sebenarnya sudah terbuka minda dan jiwa.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/bilik%20air%20masjid%20yg%20siap%20dicuci.jpgMemang benar, kita, antara PAS dan Umno, belum lagi sampai kepada tahap untuk menganjurkan acara sukan secara bersama, tetapi nilai-nilai perpaduan dan keharmonian ini perlu dipupuk dan dibaja. Biarlah kita berpolitik secara matang dan sihat.

Cerdik kah kita berpolitik, kalau sesama Islam yang berkunjung ke Masjid Jabi untuk ‘qada hajat’ dan membersihkan diri, berehat seketika dan bersolat digelar sebagai ‘babi’ oleh sebahagian AJK Masjid yang tentunya pengikut dan penyokong tegar Umno?

Masjid adalah tempat awam, sesiapa sahaja orang Islam boleh ke masjid dan kita selaku penganjur PGU5.0, tidak menyuruh puluhan ribu pengunjung PGU5.0 untuk beramai-ramai ke Masjid Jabi. Tapi tak kan kita nak buat pengumuman melarang orang ke masjid yang lokasinya hanya bersebelahan dengan dataran, tempat berlangsungnya Himpunan PGU.

[Gambar kanan 3 – lantai bilik air Masjid Jabi yang siap dicuci oleh para petugas keselamatan pada jam 3.00 pagi, 7hb Oktober]

Memang kita akui, hujan yang turun menyebabkan lumpur dan selut ‘diheret’ merata-rata dan mengotorkan tempat di mana jua kaki yang terpalit lumpur itu melangkah. Tetapi atas rasa bertanggungjawab kita, petugas-petugas unit kebersihan PGU5.0 dari semasa ke semasa sepanjang himpunan berlangsung telah menjalankan kerja-kerja pembersihan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/bo%20lah%20umno.jpgSehinggakan, saya sendiri bersama-sama petugas-petugas keselamatan PAS DUN Jabi, pada waktu jam 3.00 pagi 7 Oktober, pada waktu dinihari terakhir Himpunan PGU5.0, telah mengadakan operasi gotong royong yang menyeluruh bagi mempastikan Masjid Jabi tidak ‘kotor’ daan dalam keadaan bersih.

Keesokkan harinya, kami panggil dan membayar pula pihak IndahWater Konsortium (IWK) untuk menyedut najis, menyelesaikan masalah tangki septik tersumbat, yang disahkan dan sebenarnya mengikut rekod IWK, ianya tak pernah ‘disedut’ dan dikosongkan semenjak Masjid Jabi siap dibina dan digunakan sejak dulu lagi. Kebetulan ianya tersumbat ketika prgm PGU, tapi kita ambik tanggungjawab sepenuhnya.

Sampai hati ‘demo’ panggil dan ‘gelor’ kita, orang-orang PAS yang berlindung dan menggunakan kemudahan masjid itu ‘macam tempat babi berkubang’……..

Inilah akhlak dan hati budi pemimpin Umno setempat dan mungkin memang begitu semuanya?

*** Dr Azman Ibrahim adalah Pengerusi MTD Jabi yang diamanahkan sebagai Pengarah Persiapan bagi Himpunan PGU5.0. Beliau juga adalah Naib Yang DiPertua PAS Setiu yang juga Ahli Jawatnkuasa Perhubungan PAS Terengganu