Terengganu, Malaysia
Pendapat

Najib Bubar Parlimen Sambil Berkempen!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/muka-najib-sedih-bbubar-parlimen.jpg

“Lama doh ambo duk tunggu…” Komen seorang lagi. “Ni nak umum bubar parlimen atau nak ngepen (berkempen)?” Sahut seorang lagi rakannya kerana mungkin merasa pelik dengan cara Najib membuat kenyataan pengumuman pembubaran parlimen.

Najib turut disertai dengan bebelan panjang lebar menyenaraikan jasa-jasa kerajaan BN sambil menyindir pembangkang supaya tak mencetuskan suasana tidak harmoni sepanjang tempoh kempen seterusnya mengajak rakyat terus mengundi BN!

“Selepas ini,  kami akan turun ke seluruh pelusuk negara untuk bertemu dengan rakyat!” Kata Najib lagi. Tentunya turun dengan memanipulasikan segenap kemudahan dan jentera kerajaan samada yang boleh terbang seperti pesawat khas kerajaan Malaysia dan helikopter kerajaan, premis kerajaan, peruntukan kerajaan, kakitangan kerajaan dan …. Semuanya demi kelangsungan kuasa.

Sedangkan Perlembagaan menyatakan, status mereka hanyalah sebagai kerajaan sementara dalam tempoh menunggu rakyat memberikan mandat baru.

Apa pun, selesai sudah satu episod dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem paling pelik dalam dunia. Di Malaysia satu-satunya negara, tarikh pilihanraya menjadi terus rahsia besar sehingga ke minit yang terakhir! Episod seterusnya di dalam gelanggang SPR. Bila tarikh penamaan calon dan pembuangan undi? Berapa hari tempoh kempen?

Semuanya kita hadapi dengan tenang dan dengan penuh keyakinan kepada Allah. Perjuangan Islam yang kita dokong meyakinkan kita akan datangnya pertolongan Allah.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan