Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Rasmi Ijtimak Pondok

2559

HULU TERENGGANU – Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan program Ijtimak Pondok Dan Pusat Pengajian Islam Terengganu.

Pengarahnya, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal berkata, objektif program itu bertujuan menghimpunkan seluruh pondok dan sekolah agama rakyat di negeri Terengganu.

Katanya, ia adalah bagi mengeratkan sebuah ikatan hubungan, supaya mereka melahirkan satu inisiatif berkumpul di bawah satu badan.

“Program ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Khamis, 25 hingga 27 Januari 2018 di Pondok Ibtidai Batu 22, Jalan Kuala Berang,

“(akan berakhir) jam lima petang pada hari sabtu dengan resolusi yang akan dibawa untuk pelancaran ‘Rabitah Sekolah-sekolah agama,” ujarnya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Mudir Maahad Tahfiz Wal Tarbiah (MTT) Tok Jiring itu berkata, pelbagai program akan mengisi Ijtimak itu antaranya, kuliah-kuliah yang disampaikan oleh para ulamak dari Pattani, Thailand, Kelantan dan Kedah.

Menurutnya, diantara tokoh-tokoh pondok yang utama hadir ialah Babali Sekam dan Baba Mat Nawi dari Pattani, Tuan Guru Haji Abdullah dari Bukit Lada.

“Kita juga ada tetamu darI luar negara iaitu Dr. Mohd Al Fateh daripada Yaman yang merupakan Timbalan Rektor Jamiah Iman yang akan memberi pengisian,

“dan sepetang bersama dengan tokoh ulamak di Terengganu iaitu Ustaz Azhar Idrus, pada jam lima petang hari Jumaat,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mewakili Jawatankuasa Panitia mengharapkan Ijtimak yang diadakan Kali Pertama memberikan satu impak yang besar kepada institusi pendidikan agama keseluruhannya.

“(kita) menghimpunkan tenaga-tenaga mereka yang sayangkan Islam dan cintakan Islam serta cintakan agama untuk sama-sama bergabung untuk menjayakan Ijtimak ini, Insya Allah,” tambah beliau.