‘Muwajahah Silmiah’ Perlukan Kesabaran Yang Tinggi

112

Oleh : Noor Syahida Mohd

KUALA NERUS – Perjuangan Muwajahah Silmiah, berdepan dengan musuh secara aman dan menyertai pilihan raya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan menegakkan Islam tetap akan beroleh kemenangan.

“Perjuangan Islam akan menang dihujungnya sama ada menang di dunia atau menang di akhirat,” ujar beliau, ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Nerus kali ke-61 pada Sabtu, 16 Oktober.

Oleh itu, kata beliau, manhaj atau kaedah dakwah masa kini yang memerlukan pendamaian persepakatan dengan mana-mana kumpulan Melayu Islam bagi menyampaikan kebenaran yang jelas berkenaan politik Islam.

“PAS telah menganjurkan gabungan dengan parti-parti Islam sebelum ini untuk memberi pencerahan tentang kerajaan Islam iaitu Gagasan Sejahtera, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional,” tambah beliau.

Sebelum itu, Yang Dipertua Kawasan, Cikgu Hj. M. Shukrimun Shamsudin menasihati para perwakilan serta ahli PAS agar memilih pemimpin yang mengikuti arus dunia pada hari ini.

“Membawa Islam pada masa kini tidak sama dengan membawa Islam pada masa lalu. Perubahan berlaku terlalu cepat pada hari ini dan jemaah memerlukan anggota yang mengikuti apa yang berlaku didunia sekarang,” tegasnya.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan telah diadakan pada Mesyuarat Agong kali ini menyaksikan keputusan seperti dibawah;

Pengerusi Tetap : (MTB – Menang Tanpa Bertanding)
Cikgu Abdullah Embong
Timbalan Pengerusi Tetap : (MTB)
Ustaz Haji Ahmad Bukhari Ghazali
Yang Dipertua : (MTB)
Cikgu Hj. Muhammad Shukrimun Shamsudin.
Timbalan Yang Dipertua : (MTB)
YB Dr. Hj. Alias Razak
Naib Yang Dipertua : (MTB)
YB Ustaz Ridzuan Hj. Hashim
Ahli-Ahli Jawatankuasa :
1- YB Ustaz Hishamuddin Hj. Abdul Karim
2- Ustaz Hj. Zakaria Dagang
3- Tn. Hj. Mohd Fadhil Wahab
4- YM Raja Arizal Raja Arif
5- Tn. Hj. Harun Salleh
6- SR Tn. Hj. Zaharuddin Zahid
7- Tn. Hj. Mohd Iszeham Mat Ali
8- Puan Norizan Hussin
9- Cikgu Hj. Jusoh Ngah
10- YM Hj. Tuan Chik Tuan Muda
11- Ustaz Muhd Ridhuan Hj. Abdul Karim
12- Tn. Hj. Mustapha Ismail
13- Tn. Hj. Hamidi Jusoh
14- Ustaz Hj. Rosdi Juhari
15- Ustaz Hazha Rejab
16- Sdra. Abdullah Manan
Pemeriksa Kira-Kira 1 : (MTB)
Cikgu Razali Che Omar
Pemeriksa Kira-Kira 2 : (MTB)
Ustaz Abdul Halim Wahab

Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah diadakan di Dewan Ustaz Awang Abu Bakar, KOMTAQ dengan kehadiran perwakilan daripada Dewan-Dewan Kawasan Kuala Nerus dan perwakilan Dun Bukit Tunggal mengikut kapasiti SOP yang ditetapkan.

Sementara perwakilan dari DUN-DUN dan para pemerhati pula mengikuti mesyuarat tersebut melalui atas talian.