Oleh :Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Muslimat Parti Islam SeMalaysia(PAS) Terengganu bersedia meletakkan calon wanita daripada kalangan muslimat berwibawa di dalam memacu wanita Terengganu yang lebih maju dan berdaya saing.
Ketua Muslimat PAS Terengganu, Hajah Zarani Othman menghargai pemimpin PAS negeri itu yang sentiasa cakna wanita.
“DMPNT sangat mengalu-alukan keputusan kerajaan Negeri Terengganu untuk melantik Wakil Rakyat Wanita yang dilantik bagi mengisi Peruntukan Undang-Undang tubuh yang telah sedia ada bagi Negeri Terengganu”, ujar beliau.
Pengumuman tersebut dibuat semasa berucap ketika merasmikan Himpunan Mujahidah 5.0, Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus di Dewan Kompleks Tarbiyyah Darul At Taqwa ( KOMTAQ), Kuala Terengganu pada 3 November lalu.
“Alhamdulillah, keputusan meletakkan wanita untuk mengisi satu lagi kekosongan, senator disambut baik oleh DMPNT”, tambah beliau yang dihubungi di sini pada 5 November.
Ketua Muslimat PAS Marang itu juga melahirkan harapan, semoga muslimat Terengganu dapat berperanan merealisasikan Terengganu, Maju Berkat, Sejahtera.