Muslimat sayap penting gerakan politik dan sosial

693

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/10/Muslimatlawatkebakaran.JPGKatanya, peranan Muslimat dalam perjuangan parti bagi mengajak rakyat seramai mungkin bersama dengan PAS.

“Keprihatinan Muslimat PAS hari ini kita pelbagaikan dan jika boleh kita mahu ajak rakyat seramai mungkin untuk bersama-sama dengan perjuangan PAS.

“Kita (Muslimat) kena berkenal-kenalan dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam menjalinkan hubungan ukhuwwah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Terbuka Muslimat PAS Kawasan Marang dan Persatuan Khainunnisa Marang, di Pejabat PAS Kawasan Marang, di Kampung Rusila, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya, peranan Muslimat sangat terserlah ketika berkempen dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Ini kerana, katanya kedua-dua pilihan raya kecil tersebut keadaan dan suasana yang sangat mencabar serta menuntut kepada kesabaran dan kecekalan.

Menurutnya, pengalaman Muslimat PAS dalam pilihan raya kecil tersebut akan mematangkan lagi organisasi berkenaan.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Yahya Ali.

Dimaklumkan seramai 20 orang di kalangan ibu tunggal yang aktif dengan PAS dalam kawasan Marang terpilih menerima sumbangan hari raya anjuran Dewan Muslimat PAS Marang tersebut.