Muslimat PAS Terengganu nafi berlaku bai’ah cerai

796

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/IMG_3140.JPGIni kerana, dakwaan tersebut tidak berlaku dan bukan menjadi dasar parti PAS yang memaksakan perceraian.

Ketua Muslimat PAS Terengganu, Puan Safinah Jusoh (Gambar kanan bawah) berkata demikian diketika dihubungi di rumahnya di Kampung Paya Datu, dekat sini, semalam.

“Saya hendak ingatkan kepada Wanita Umno supaya tidak memperbesarkan isu (bai’ah talak) itu kerana tidak berlaku dalam PAS.

“Itu (isu bai’ah talak) bukan jadi dasar parti (PAS) atau arahan dari mana-mana pemimpin PAS kepada ahli,” tegasnya.

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/11/Sapinah.JPGKatanya, PAS merupakan sebuah parti dakwah yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan serta mencegah kemungkaran dalam agama.

Menurutnya, peranan suami dan isteri hendaklah saling ingat mengingati jika berlaku kemungkaran yang menyalahi sudut agama.

“Kita (PAS) parti dakwah dan kenapa pula kita (suami-isteri) hendak buang orang yang ‘bersama’ (suami-isteri) dengan kita.

“Peranan suami-isteri supaya ingat-mengingati dan pesan-memesan antara satu sama lain dalam ajaran Islam,” jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mendakwa berlaku ‘Sumpah PAS’ atau bai’ah di kalangan wakil rakyat PAS menceraikan isteri talak tiga jika berhenti atau keluar parti.

Kenyataan Shahrizat kemudiannya diikuti oleh kenyataan ‘melencong’ Ketua Wanita Umno Terengganu, Senator Fatimah Hamat yang mendakwa ‘sepatutnya pemimpin tidak mencampuradukkan antara agama dan politik’