Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Sudah tiba masa muslimat PAS membudayakan seni politik aras tinggi bersesuaian parti berkenaan sebagai ‘King Maker’ yang akan menentukan masa depan Malaysia.
Ahli Dewan Negara, YB Senator Ustazah Asmak Hussin berkata ia itu dengan mengenepikan emosi dan perasaan demi kepentingan Islam.
“Kita kena bangkit, orang kita dalam UMNO, Jadi macam mana kita nak tarik puak-puak tu supaya mari sokong kita. sejarah kita yang lama ini.
“Dan dalam masa yang sama, macam mana kita nak berdepan dengan kawan-kawan kita daripada PAN.
“Sebab ini kawan-kawan kita yang pernah setarbiah dengan kita, macam mana kita nak tarik dia kembali kepada kita? Ini memerlukan seni aras tinggi,” katanya.


Selain itu katanya, muslimat juga perrlu bercerita tentang Islam kepada kawan-kawan bukan Islam.
“Bukan cerita pasal Islam sahaja, yang paling penting sekarang di Terengganu ini, kena cerita tentang dasar Islam Terengganu. Maju, Berkat, Sejahtera, ini juga politik aras tinggi juga,” jelasnya kepada 400 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir.
Turut hadir sebagai wakil PAS Kawasan Dungun ialah Ustaz Mohd Razduan Osman.































