Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Muslimat haruslah berani dan bersungguh-sungguh untuk menonjolkan kepada umum bahawa kerajaan Parti Islam SeMalaysia(PAS) Terengganu adalah kerajaan yang terbaik.
Ketua Muslimat PAS Dungun, Hajah Khairiah Mokti berkata kerjasama dan gabung jalin antara muslimat dan Institut Modal Insan Terengganu(IMITS) Muslimat mestilah dimantapkan di dalam usaha untuk memperkasakan wanita.
“IMITS muda perlu dekati pesalah yang disebat baru-baru ni”, ujarnya.


Beliau bercakap demikian di Liqa’ Mahabbah bertempat di Dewan Seminar Masjid Kg. Pinang Merah, Paka di sini pada 31 Oktober.
“Dekati dengan cara untuk mendidik, supaya pesalah tu faham hukuman tu bertujuan untuk apa”, sarannya.
Tambah Khairiah lagi, dengan pengalaman yang ditimba itu dapat membantu mereka menunjukkan kepada orang lain, indahnya undang-undang Islam.
Pertemuan antara IMITS di dalam Parlimen Dungun dengan Muslimat PAS kawasan tersebut adalah untuk berkongsi dan bertukar pandangan di dalam memperkemaskan fungsi dan peranan di setiap peringkat.
Turut hadir , Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Kawasan Dungun, Ustaz Jamaludin Jusoh.




























