‘Muslim Young Camp’: Lahirkan Pemuda Sayang Agama Dan Bangsa .

1892

Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN- Muslim Young Camp merupakan satu program untuk membina sahsiah remaja di samping melahirkan pemuda yang sayangkan bangsa dan agama.

Timbalan Ketua Pemuda Dewan Undangan(DUN) Bukit Besi, Hanif Safwan Mansor berkata, program yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Disember, selama tiga hari itu, akan dimanafaatkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.

“Diantara programnya ialah, madrasah solat bagi memperbaiki amalan solat, dan menerapkan kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

“Dan selainnya adalah program pertandingan keseniaan Islam, ‘Explorace’, Jungle Trekking, Muhasabah Remaja Islam, Kuliah Dasar Pemuda dan Juga Tadabbur Alam,” katanya mengulas program berkenaan.

Hanif berkata demikian kepada pemberita semasa meninjau kawasan yang bakal diadakan kem tersebut di Veteriner Cermin Kiri di sini pada 12 Disember.

Hanif Safwan Mansor(berbaju putih)
“Kita mencari tempat yang seronok untuk melakukan aktiviti, dan juga turut mementingkan aspek keselamatan.

“Program ini pada dasarnya, dikhususkan kepada remaja DUN Bukit Besi, namun turut membuka peluang kepada remaja dari seluruh Terengganu untuk menyertai aktiviti ini,” ulasnya.

Ahli Jawatankuasa MTD DUN itu juga memberitahu, objektif program adalah untuk menerapkan kesedaran tentang Islam kepada remaja agar menjadikannya sebagai ‘way of life’ supaya tidak tergelincir dari landasannya.

“Justeru itu saya mengajak agar semua remaja seluruh Terengganu menyertai aktiviti ini.

“Agar cuti yang masih lagi berbaki sebelum buka sesi penggal persekolahan akan dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Dan seterusnya semoga program ini akan melahirkan remaja Islam yang tidak mudah dipengaruhi anasir-anasir yang tidak baik dan merugikan Islam,” tegasnya