Musim ‘Jawi’ Beramai-ramai

736

Musim cuti sekolah yang panjang pada hujung tahun, bermula akhir November lalu, dimanfaatkan dengan melakukan amal kebajikan melalui program ‘Jawi’ atau berkhatan berama-ramai (Gambar kiri – selepas ‘potong’ di DUN Jabi)

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, program tersebut telah menjadi acara tahunan.

”Cuma pada tahun ini diadakan secara pecahan mengikut Unit Peti Undi (UPU) dengan UPU Tok Dor mengambil giliran pertama pada 4 Disember lalu,

”dan disusuli dengan program induk yang dilaksanakan di Pejabat DUN, pada Sabtu 5 Disember,”kata Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim, selaku penyelaras program peringkat DUN.

Menurutnya program di UPU Tok Dor telah berjaya menghimpunkan seramai 50 orang kanak-kanak yang ‘berkhatan beramai-ramai’ dengan bantuan tenaga perubatan sukarela dari Kota Bharu.
http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/jawijabi1.jpg
Katanya, dengan bantuan sukarelawan itu, kos pengendalian program dapat dikurangkan dan orang-ramai mendapat perkhidmatan yang berbaloi.

”Walaupun sedikit bayaran dikenakan, tetapi ianya jauh lebih murah berbanding dgn caj di klinik swasta,”jelasnya ketika dihubungi Buletinonline. (Gambar kanan – sukarelawan dari Kota Baru)

Yang lebih mengembirakan, kata beliau, apabila di kalangan penyokong UMNO turut sama menyambut baik program tersebut dan menghantar anak-anak mereka untuk dikhatankan.

Beliau yang juga seorang doctor pergigian persendirian berkata, amalan berkhatan adalah sebahagian tuntutan agama, selain diterima oleh masyarakat dunia termasuk bukan Islam, sebagai suatu kaedah yang sangat baik dari segi kebersihan dan pencegahan kanser pada bahagian alat kelamin.

Ditanya, apakah rahsia kejayaan program berkhatan yang mendapat sambutan orang-ramai, beliau berkata, tidak ada apa-apa yang istimewa.

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/12/jawibkttunggal1.jpg”Kecuali, niat ikhlas para sukarelawan dan pendokong PAS menganjurkan program tersebut, dilihat sebagai ‘memudahkan masyarakat menyempurnakan tanggungjawab’ mereka terhadap anak-anak,

”Selain kos yang rendah, suasana yang santai dan meriah wujud dalam setiap program, (ia) jelas di nilai dan dihargai oleh masyarakat,”katanya. (Gambar kanan- sukarelawan bertugas di DUN Bukit Tunggal)

Selain DUN Jabi, DUN Bukit Tunggal turut mengadakan program berkhatan beramai-ramai di Pusat Khidmat DUN, Seberang Bukit Tumbuh pada minggu lalu.

Menurut Pegawai Khidmat DUN, Abdullah Abdul Manan berkata, seramai 68 orang kanak-kanak telah menyertai program tersebut.

”Bukan sahaja ia disambut baik oleh penduduk tempatan Bukit Tunggal, malah ada dikalangan anak Terengganu yang merantau di Kuala Lumpur, pulang semata-mata mahu mengkahatan anaknya di kampung,”katanya kepada Buletinonline.
Buletinonline dimaklumkan, Umno melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) turut mengadakan program berkhatan, namun tidak mendapat sambutan.

Misalnya di DUN Jabi, hanya lima orang peserta mengambil bahagian.

”Itu pun dianjurkan (oleh Umno) setelah disebarkan berita tentang penganjuran (program berkhatan) oleh kita (PAS),”tambah Dr Azman

http://www.youtube.com/watch?v=8sply59cGgU