Munajat Perdana Diterima Masyarakat

174

Oleh : Aina Hassan Basari

SETIU – Hubungan baik antara ahli Skuad Yassin yang turut disertai wanita UMNO menjadikan Munajat Perdana dikendalikan Muslimat Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semakin diterima masyarakat.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) DUN Permaisuri, Ustaz Zul Bahri A Rahman menyeru agar golongan hawa menjadikan medan tersebut sebagai satu platform untuk mengajak orang ramai bersama-sama dalam menegakkan Islam.

“Munajat ini adalah satu cara untuk kita mengajak orang ramai untuk berzikir kepada Allah, mendekatkan diri dan kembali kepada agama Allah,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan Setiu itu berkata demikian ketika dihubungi, pada semalam.

Menurutnya, seramai 138 orang yang terdiri daripada Muslimat DUN, Gen3, guru Pusat PASTI dan juga Skuad Yassin yang turut dianggotai oleh wanita Umno Putera Jaya.

Beliau menambah, bacaan zikir munajat turut diserikan dengan majlis cabutan bertuah bagi meraikan mereka yang sudi hadir dalam program tersebut.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa mengikat diri dengan mengikuti program jemaah.

“Dalam diri kita, sentiasa ada syaitan yang mengganggu mereka-mereka yang duduk bersendirian tanpa adanya jemaah.

“Jika kita duduk dalam jemaah, insya-Allah tidak akan diganggu,” tambah beliau.