Oleh : Dr Azman Ibrahim
Hari ini bermulalah Muktamar Tahunan PAS ke 62 bagi tahun 2016 dengan dimulakan acara perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat pada petang ini, 31 Jun 2016 kemudian disusuli dengan Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada malamnya.
Malam esok 1 Jun 2016, semua perwakilan akan hadir untuk mendengar Taklimat Khas Presiden yang merupakan suatu pembaharuan dalam susun atur acara muktamar.
Pada pagi 2 Jun 2016 acara kemuncak perasmian Muktamar Tahunan PAS ke 62 oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS akan dilangsungkan.
Pembaharuan acara muktamar dengan penambahan Taklimat Khas Presiden kepada perwakilan yang diadakan secara tertutup ternyata cuba diputar belitkan oleh individu yang bermaksud jahat terhadap PAS.
“Muktamar Pas tahun ni pelik sejak sahabat ambo Takiyuddin jadi Setiausaha Agong. Isu dalaman tak leh bincang! Muktamar buat secara tertutup. Media tak benar masuk! Parti apa lagu ni!” Begitulah bunyi tohmahan liar bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian yang telah dipecat keahliannya ketika berforum di atas satu pentas.
Nampaknya walau telah dipecat, nyata Husam Musa masih sangat berselera mengecam PAS. Tapi sayangnya samada dia dapat maklumat salah atau dia sengaja cuba mengelirukan khalayak seperti sikapnya sebelum ini.


Semua petugas KAMI juga telah menerima ‘pass media’ rasmi muktamar masing-masing dan bersedia untuk bertugas.
Yang tertutup hanyalah Taklimat Khas Presiden. Acara tertutup sebegini adalah biasa bagi mana-mana parti sekalipun. Tak ada apa yang pelik. Kenpa Husam tiba-tiba jadi pelik?
Dalam masa yang sama secara tak sedar beliau menzahirkan kebencian peribadi di hadapan umum terhadap Setiausaha Agong PAS, Dato’ Takiyudin Hassan di samping kebencian peribadi yang selalu dizahirkan terhadap Naib Presiden PAS Dato’ Nik Amar.
Husam bukan lagi ahli PAS. Urusan PAS bukan lagi urusan beliau. Ditambah lagi apabila beliau mencampuri urusan PAS secara berniat jahat dan fakta yang salah. Jangan marah kalau saya katakan bahawa Husam sedang dilanda sindrom gila talak!




























