Muktamar Dewan Ulamak; Fatwa Baru Ziarah Baitil Maqdis

1482

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menerusi ucaptama Ketuanya, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed mencadangkan agar fatwa baru dikeluarkan berhubung hukum menziarahi Baitil Maqdis iaitu digalakkan umat Islam menziarahi Baitil Maqdis atas maslahat memberikan sokongan moral kepada penduduk Palestin yang masih bertahan mendiami Baitil Maqdis di saat rejim Zionis melakukan pelbagai tekanan seperti rumah mereka dirobohkan bagi mengusir mereka keluar berhijrah meninggalkan Baitil Maqdis.

Para penduduk Islam di Baitil Maqdis sedang melakukan “ribat” ( رباط) mewakafkan diri bertahan di bumi suci. Kehadiran umat Islam ke Baitil Maqdis memberikan sokongan moral yang besar kepada mereka.

Sebelum ini sebahagian ulamak kontemporari seperti Dr Yusof Qardawi menfatwakan haram menziarahi Baitil Maqdis melainkan dengan tujuan jihad dengan beberapa hujah antaranya agar ia tidak menjadi satu pengiktirafan terhadap penjajahan Zionis.

Sekian

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali a
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat