Oleh : Solahuddin Al-Idrus
Mahu atau pun tidak, jihad akan senantiasa ada dan berlangsung sampai datangnya hari kiamat. Jihad bererti sebuah kesungguhan yang tinggi dalam usaha menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Jihad mempunyai pelbagai posisi mengikut kemahiran dan bidang masing-masing, antaranya ‘jihad media’, yang pada akhirnya muncul sebutan Mujahid Media, yang disebut Tuan Guru Presiden PAS, bidang media ini lah yang menyampaikan Islam, dimana sampainya siang dan malam, sebagaimana hadis nabi SAW.
Mujahid Media adalah mereka yang menjalankan peranan sebagaimana saranan al-Quran iaitu menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran melalui sebaran, saranan, seruan, dan sentapan kepada umum dalam membentuk gelombang yang menggema Islam ke seluruh alam.
Demi tujuan dan juga agenda yang besar tersebutlah Kursus Asas Fotografi dan Kewartawanan Fotografi diadakan pasa Sabtu baru-baru ini. Alhamdulillah, penat lelah bagaikan satu nikmat bilamana melihat respons kehadiran para peserta dan keghairahan mereka menelaah setiap patah-patah perkataan dari ilmu yang dibentangkan.
Dunia ‘tarbiyah jihad media’ dianjurkan oleh Jabatan Penerangan PAS dengan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Dewan Yayasan Amal Cawangan Terengganu, mendidik anak-anak muda mengenal dan ‘muraqabah’ kepada Allah, melalui akses gambar dan video.
Ia menggambarkan suatu perkembangan yang amat positif khususnya di tanah Darul Iman ini, dengan percambahan baru jurukamera yang berbakat dan sedia dibentuk serta dibina untuk sebuah perjuangan.
Ia akan tegak dan subur denga ‘paksi media dengan kalimah tauhid’ yang inshaAllah dapat dilihat dengan penguasaan ‘abnaul harakah’ yang dilahirkan, dapat menguasai medan media termasuk medan maya dalam ‘ghoyah’ menegakkan dan mempertahankan Islam.
Kursus tersebut merupakan yang julung-julung kalinya diadakan di Negeri Darul Iman ini dengan kehadiran melebihi sasaran jangkaan, dengan ‘maudhuk’ utamanya ialah untuk melahirkan Mujahid Media yang berharaki.
Jihad melalui media ini bahkan seiiring dengan ‘jihad qital’, dengan senjata kamera dan penulisan membunuh jiwa musuh-musuh Islam kerana sebelum terjadi sesuatu perang dimedan, terlebih dahulu ‘perang media’ mempengaruhi pemikiran dan minda umat.
Mujahid Media yang istiqamah dan tulus, sama muliany dengan mujahid ‘fisabilillah’ bahkan mereka terjun ke kancah peperangan dan ramai yang gugur syahid dalam melaksanakan amanah yang ‘terpikul di pundak’ masing-masing dengan kalimah ‘Tiada Tuhan lain Yang Disembah Selain Allah’.
Sebagaimana kata-kata as-syahid Sayyid Qutb “satu peluru hanya menembusi satu kepala, namun satu tulisan mampu menembusi ribuan, malahan jutaan kepala”. Mujahid di medan perang menyerang satu, dua, atau puluhan musuh bahkan ratusan pasukan musuh. Sedangkan Mujahid Media menyebarkan informasi yang diakses oleh ribuan atau jutaan umat manusia. Manfaat yang mereka sebarkan sangat luas.
Musuh-musuh Allah dan rasulNya mengawal bahkan ribuah media-media sekular terutamanya tangan-tangan ghaib yahudi-zionis terus berusaha memadamkan cahaya kemaraan Islam, seperti yang disebut dalam kitabulLah, “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah menetapkan untuk menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orang-orang kafir membenci hal itu.”
Justeru, kewajipan Mujahid Media adalah perlu membentuk satu ketumbukan yang memiliki kekuatan ‘wehdatul fikr’ dan ‘whdatul amal’ dalam usaha murni melaksanakan jihad pada paksi media dengan sekuat kemampuan.
Semoga Allah meredhai dan membuka jalan petunjuk kepada kita untuk merealisasikan amanah besar ini.
***Solahuddin adalah Pengarah Kursus Asas Fotografi dan Kewartawanan Fotografi










