Muhasabah Gerak Kerja Kita – Ahmad Samsuri

188

MARANG – Semua ahli Pas di setiap peringkat kepimpinan tertinggi negeri dan kawasan sehinggalah ke peringkat akar umbi perlulah bermuhasabah dengan gerak kerja yang lalu.

Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Marang, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan, semua pihak termasuklah dirinya sebagai kepimpinan parti perlu meneliti prestasi gerak kerja mereka sebelum ini dan bermuhasabah untuk melakukan lebih baik.

“Semoga kita dapat bersama bermuhasabah dengan gerak kerja kita sebelum ini dan melakukan yang lebih baik pada akan datang.

“Demi agama dan ummah insya-Allah,” tegasnya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang Kali Ke-37 di Pejabat PAS Marang di sini kelmarin.

Majlis dirasmikan oleh Presiden Pas, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara maya.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas kekal sebagai YDP Pas Kawasan Marang dalam pemilihan tersebut, diikuti Mohd Nor Hamzah sebagai timbalan dan Ariffin Deraman sebagai naib ketua.

Mengulas lanjut, beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh kepimpinan baharu yang dipilih.

“Tahniah buat seluruh kepimpinan baru untuk sesi 2021-2023. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan ini. Siiru ‘ala barakatillah,” ujarnya.