MSNT Sasar Juara

2213
Ustaz Wan ketika menghadiri perhimpunan mingguan MSNT pada 20 Mei, 2018

KUALA TERENGGANU – Majlis Sukan Negeri Terengganu digesa meneruskan kecemerlangan dan mencapai sasaran sebagai juara pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pada tahun lalu Terengganu berada pada tempat ketiga.

“untuk SUKMA yang akan diadakan pada bulan September di Perak tahun ini, MSNT telah menyatakan pada saya,

“mereke mensasarkan untuk menjadi juara dan saya telah melihat sendiri beberapa acara yang telah pun disenaraikan akan menyumbang pingat (untuk tujuan itu),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, Tingkat 5 Wisma Darul Iman, semalam 21 Mei.

Justeru itu beliau mengharapkan para atlet yang sedang menjalani latihan agar mengambil kekuatan dari bulan Ramadan sekarang .

“saya difahamkan, walaupun sekarang bulan puasa (Ramadan) atlet kita masih meneruskan latihan dan mengambil peluang dalam keadaan negeri lain berehat,

“(mara) dengan keazaman dan komitmen yang tinggi bukan sahaja oleh pihak pengurusan bahkan atlet sendiri, untuk menjadikan Terengganu, menjuarai SUKMA sekali lagi,” tegasnya.