Monsun ‘Masih Buas’

84

Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Cameron Highlands dan Lipis).

Keadaan cuaca yang sama juga diramalkan sehingga esok melibatkan Daerah Kinta; Kampar; Bagan Datuk; Hilir Perak; Batang Padang dan Muallim di Perak, Daerah Sabak Bernam; Kuala Selangor.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, ia juga ber daerah Hulu Selangor di Selangor,  Daerah Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian; Kulai; Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor, selain Sabah melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok. 

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 4.35 petang ini memaklumkan di Pahang, ia melibatkan Daerah Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor, ia melibatkan Daerah Mersing. 

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula dijangka melibatkan Daerah Kemaman di Terengganu, Pahang (Raub, Bentong dan Bera) dan Daerah Segamat dan Kluang di Johor sehingga Selasa ini. – Sumber Bernama.